Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Tasik Kenyir @Terengganu


Pada 1hb Mei, saya dan suami keluar dari rumah dalam pukul 230 petang, dengan hajat untuk ke klinik membawa suami yang kurang sihat. Kami mencuri2 keluar berdua sahaja... bukan tak mau bawa anak2, tapi kononnya mau cepat sebab nak ke klinik sahaja. tetapi sebaliknya lain yang terjadi. Saya utarakan hasrat untuk ke kedai bahan membuat coklat di Bake 4u Trading di Wakaf Beruas Terengganu. Cari punya cari kedai, tak jumpa..jadi kami dah terlajak jauh sampai ke arah menuju ke Ajil.. Suami pun berkata, " Kita gi tengok Bandar Kuala Berang nak?". Sakit2 pun larat lagi ke nak drive??..Saya apa lagi..ok je..heheheh..bukan selalu dapat keluar dating berdua...hehe...

memandu punya memandu sampai la ke bandar Kuala Berang, ok jugak bandarnya.. and then, sampai la tah ke mana saya pun tak pasti..kalau suruh saya drive, sah2 la dah sesatnya... rupanya2 suami saya memandu untuk pergi ke Tasik Kenyir...wahhhhh..seronoknya.. sebab saya tak pernah lagi ke sana.. dari bandar kuala terengganu dalam pukul 3 lebih macam tu.. nak dekat pukul 5 baru lah kami sampai ke Tasik Kenyir.. kat jalan nak masuk ke Kenyir tu, tengah ade construction untuk buat jalan baru.. tapi jalan nak ke atas tu agak mencabar jugala, berbukit2 dan berliku2....



Sampai kat sana, pemandangannya sungguh cantik, saujana mata memandang... wah! Kenyir lebih luas dari Tasik Chini... dan sangat cantik.. saya pun berkira2 dengan suami satu hari nanti kami nak bawa anak2 pula datang ke sini..tido di resort dia sini... Impian akan jadi kenyataan kah? Harap2 tertunai la... Di tempat rehat yang saya bersantai bersama suami, di bawahnya terdapat rumah bot yang boleh disewa.. terdapat juga bot2 laju yang sedang bergerak menuju ke pulau seberang sana mengambil dan menghantar para pengunjung... kami duduk di situ tak lama.. dalam pukul 6, kami dah bertolak untuk balik semula ke rumah.. bimbang keluar lama2, takut anak menangis kat rumah....SERONOKNYA... Tasik Kenyir... nanti kami datang lagi

semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, baru la ternampak bake 4u trading..hehehe takpelah, next time la pulak g...Sampai di rumah, dalam pukul 730mlm... siapkan anak2 yang dah bising tanya, mama ngan abah pergi mana? "dah, gi mandi, kita pergi pasar malam lak".. untuk memujuk hati anak2 la ni, n pujuk kembar yang tolong jaga mereka... cik watermelon nurul n pineapple nurul, thanks yer.. mak ba n mak adik, thanks juga..mak ekin pun... nanti ade rezeki, kita g sana ramai2...

Dalam perancangan, ade juga plan nak bawa the whole big 2 family g sana.. InsyaAllah, kalau ade rezeki.... oklah.. till next post..take care

Thursday, April 28, 2011

Pelajar zaman Sekarang..


Salam sejahtera kepada semua pembaca,semoga berada di dalam keadaan yang tenang dan beroleh kesihatan sentiasa...

Hari ni saya nak menulis mengenai pengalaman yang saya lalui mengenai perangai para pelajar zaman sekarang.. yang mana saya rasa dah kurang rasa hormat kepada para pendidik mereka.. situasi ini kebanyakkannya berlaku kepada para pelajar yang berada di tingkatan yang lebih tinggi.. yang berada di sekolah rendah pun tak kurang hebatnya.. takut pula rasanya bila tengok perangai mereka ni.. saya merasa takut kerana saya pun ade anak juga, yang masih bersekolah di darjah satu..macam mana agaknya perangai dia semasa di sekolah? Alamak... haruskah saya pergi jenguk dia di sekolah?

semalam semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, terserempaklah dengan sekumpulan pelajar yang mana kebanyakkannya tak memakai uniform sekolah kerana memakai baju hari kokurikulum sekolah.. tapi salah seorang dr rakan mereka memakai baju uniform sekolah.. tak tau lak knp yer... saya amat kenal dengan 2 org pelajar yg berada dalam kelompok tersebut, anak jiran berhampiran rumah sewa saya..

Mereka berjalan dlam kumpulan lebih kurang sepuluh orang rasanya, yang sorang yg memakai uniform sekolah ni, kelihatannya sedang seronok menghembuskan asap rokok tanpa memperdulikan apa pandangan masyarakat sekeliling terhadapnya.. kalau tak silap saya dia baru sahaja tingkatan satu.. Ya Allah, dengan selambanya, tanpa rasa bersalah, tetapi dengan rasa sangat bangga menghembuskan asap rokok... kawan2 yang lain kelihatannya tidak merokok, tetapi nampaknya mereka sungguh berbangga berada di dlam kelompok itu..

ini bukan kali pertama sebenarnya saya nampak mereka menghisap rokok, sebelum ni pun pernah ternampak juga.. tapi tak termampu saya nak menegurnya kerana yang PERTAMA: saya bukan cikgu sekolah mereka, kang tak pasal2 lak sy kena marah dgn mereka, yang KEDUA: tak mau bergaduh dengan mak ayah mereka, kang dia tuduh saya buat2 cerita tentang ank2 mereka lak...

Tapi dalam hati selalu juga berkata2, anak aku nnt macam ne yer?.. Aduhla. tak sanggup nak menghadapinya.. Mak nya seorang pendidik, tapi anak tak terdidik lak nnt kata dek org..

Monday, April 25, 2011

Precious Moment with all of U.. SUatu KeTika DuLu..



Ni gambar BErsama Untie Halina, Masa PraGraduasi Pelajar2 BBA n Diploma UPM, sebelum i left KSP...




Ni gambar with Untie Anis, Masa Makan2 kat Secret Recepi Sebelum my last day @ KSP




Ni gambar with Untie Ct masa Program Hari Raya UPM, bersama2 dengan Anak2 PA


Ni Gambar Anak2 ( Zulkarnain n Zulhakim) masa tunang Mak Eqah...

Tuesday, April 12, 2011

Segalanya Hancur.. Part 2

Mission untuk ke Sekayu telah ternyata gagal dilaksanakan, oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan.. mungkin lain kali...mungkin minggu ni, siapa tau kan...

Perihal berdating di sebelah malamnya menjadi kenyataan.. terima kasih kepada family yang sudi menjagakan anak2 buat sementara waktu... Nana, your help is much appreciated... Saya dan suami berjalan2 di sekitar bandar Kuala Terengganu, lama sudah tak keluar hanya berdua sahaja.. tu pun terpaksa curi2 keluar.. Kenapa kena curi2? hehehhe.. kebiasaanya, di mana ada saya di situ lah ada Zulhakim... selalu mengekori saya walau saya nak kuar ke rumah mak saya sekejap je... Itulah dia Zulhakim....

Sempat juga saya ke Mydin Mall membeli serba sedikit barang keperluan, dan tak lupa juga.. saya beli tudung kat kedai di tepi Mydin Mall tu... saya beli di tempat saya biasa saya beli sebelum ni.. bukan la nak cari tudung mahal2 pun, sekadar yang sedap di pakai je.. Kebetulan saya berpeluang bertemu dengan owner kedai tersebut.. katanya dia jahit sendiri tudung tu, sebelum ni saya selalu pergi ke kedai tersebut pada waktu siang, jd pekerja dia je yg ade di situ...dan katanya kalau nak beli secara borong dia boleh bg harga yang lebih murah lagi.. oh, menarik tu... takpe yer encik owner, nnt saya berkunjung lg yer..

Setelah menghabiskan sedikit duit(huhuhu) dan waktu di Mydin Mall saya n suami ke kawasan Kg Cina lak, saje ambik angin sekejap kat situ... tak ramai orang lepak kat situ.. kalau anda berpeluang ke situ pada waktu siang, boleh la naik bot untuk ke seberang, masjid kristal pun boleh gak..kemudian yang terakhir sekali kami berhenti makan di kawasan masjid terapung.. nampaknya suami saya kurang berselera makan.. patutla takde selera, dia demam dah pun... Oh Chicken Pox... habis semua anak2 dan suami terkena panahananmu.. Jgn la singgah kat aku lak yer...hehehhe.. kalau nak terkena, terkena gak kan.. terima seadaany..

Kepada suamiku, terima kasih yer sebab luangkan masa untuk kita dating... nanti kita dating lg yer... Semoga cepat sembuh yer... sayang KAMU!!!!

Saturday, April 9, 2011

Segalanya hancur....

Segalanya hancur, impian untuk ke Air Terjun Sekayu hancur sebab hujan tak berhenti2 lagi sejak dari pagi tadi di bandar Kuala Terengganu ini... hajatnya nak ke Sekayu bersama2 hubby dan anak2.. sebab sepanjang selalu berulang alik ke terengganu since 1996, tak pernah sekalipun ku jejakkan kakiku di Sekayu.. kesian sungguh aku ni...

Kenapa tetiba lak teringin ke sekayu? Tah la, saja je, ambik angin.. tapi kebiasaanya kalau ke tempat2 yang berair ni, aku tak la mandi, sebabnya, kena jaga brg2 peribadi...huhuhuh.. sian lagi... selalunya kami ke pantai je setiap kali balik ke Terengganu ni.. Biasanya pergi ke Teluk Ketapang, tapi bukanlah mandi manda, sekadar ambik angin dan makan2 je...

kalau di Kuantan, kami biasanya akan ke Pantai Sepat, atau Teluk Chempedak... jalan2 cari makan di Taman Gelora pun seronok juga... Anak2 la yang seronoknya... Tapi aku pun memang suka dok kat pantai ni.. Masa belajar kat UiTM Dungun dulu pun selalu gak la ambik angin kat tepi pantai depan UiTM tu... hakikatnya, memang suka ngan pantai...

Berbalik kepada isu Sekayu.. tah bila lak la aku ade peluang nak g sana? bebaru ni ade tanya my husband, bila lagi kita nak ke Tasik Cini.. hari2 lalu, tapi tak gi juga.. masa tidak mengizinkan.. last time pergi tasik Cini, bulan 6 2008... masa tu banyak yang perlu diperbaiki kat situ, jetinya pun dah rosak..agaknya sekarang ni dah cantik la kan.. InsyaAllah, nanti kalau aku g, aku upload gambar terbaru Tasik Cini yer..

Plan ape aku malam ni yer? rasanya macam nak g dating jap ngan my hubby... Adakah impian tercapai..nantikan yer.. see ya then...

Wednesday, April 6, 2011

Selesai Sudah...

alhamdulillah, selesai sudah proses permarkahan untuk semester ini... kepada para pelajar, terima kasih di atas segala perhatian dan sumbangan anda untuk semester ini. Kepada para pelajar yang bakal bergraduat pada semester ini, semoga selamat melangkah ke alam pekerjaan yang ternyata lebih mencabar.. diharap janganlah terlalu memilih pekerjaan, cuba la dulu pekerjaan yang kadang2 kita rasa tak berbaloi dengan tahap pendidikan kita, kumpul pengalaman secukupnya,. tetapi bagi yang telah mendapat kerja yang sesuai dan setaraf dengan tahap pendidikan, jangan la pula rasa itu sudah mencukupi, timbalah pengalaman sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk masa hadapan...

bagi bekas pelajar saya di Koleh Shahputra, selamat melangkah ke tempat baru untuk meneruskan perjuangan anda sebagai seorang pelajar. Sesungguhnya, saya tak pernah melupakan kalian. ingin berkongsi cerita, baru2 ini, saya ke Taman Gelora, membawa anak2 ke tepi pantai, sambil2 tu, ke pasar malam berhampiran IKIP.. tersemrempak pula dengan seorang bekas pelajar saya semasa di KSP.. beliau merupakan pelajar batch pertama yang saya ajar, saya menegurnya.. dan dia ternyata agak terkejut kerana saya menegurnya.. katanya kepada saya, " Puan masih ingat saya?".. sudah tentu jawab saya walaupun saya mengajarnya pada pertengahan tahun 2002... sedang saya asyik bertanya kepadanya, ternampak pula seorang lagi bekas student (Budak HM) yang saya ajar pada awal tahun 2006, saya tak ingat namanya, tapi saya cam muka dia, dia lalu datang kepada saya dan bersalaman dengan saya. oh, masih ingat rupanya dia pada saya ni, kerana saya ni jarang2 mengajar student UiTM semasa di KSP dulu..

Kepada yang masih ingat pada saya, dan masih saling berhubungan, terima kasih saya ucapkan... saya mengharapkan kalian semua berjaya walau di mana jua kalian berada.. insyaallah, kalau saya bertemu dgn kalian, saya tegur, tapi ade juga yang buat hati kering.. buat2 tak kenal dengan lecturer sendiri.. takpela... saya tetap akan mendoakan kejayaan kalian...

Thursday, August 26, 2010

Tempat baru

Setelah sebulan lebih berada ditempat baru..macam2 pengalaman baru di timba, demi meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik. sudah agak lama rasanya tidak meletakan sebarang artikel utk tatapan para pembaca di luar sana.. sesungguhnya masa tidak mengizinkan..

Di sini pada hari ini saya juga masih belum memulakan kajian ( research ). sementelah ilmu2 utk membuat kajian amat berkurangan. tapi seboleh mungkin saya harus berusaha ke arah itu dalam tempoh setahun ini.. harap2 ianya membuahkan hasil.. doakan kejayaan saya yer.. wassalam

Thursday, January 14, 2010

Bermulanya semester baru....

Minggu ini dah bermula semester baru, students sibuk dengan registration mereka, kami pula sibuk dengan subjek masing2.... Harapannya, semoga semuanya berjalan lancar hingga ke akhir semester...for my students, good luck, try your very best.... tak mau ade yang gagal lagi...