Tuesday, May 3, 2011

Tasik Kenyir @Terengganu


Pada 1hb Mei, saya dan suami keluar dari rumah dalam pukul 230 petang, dengan hajat untuk ke klinik membawa suami yang kurang sihat. Kami mencuri2 keluar berdua sahaja... bukan tak mau bawa anak2, tapi kononnya mau cepat sebab nak ke klinik sahaja. tetapi sebaliknya lain yang terjadi. Saya utarakan hasrat untuk ke kedai bahan membuat coklat di Bake 4u Trading di Wakaf Beruas Terengganu. Cari punya cari kedai, tak jumpa..jadi kami dah terlajak jauh sampai ke arah menuju ke Ajil.. Suami pun berkata, " Kita gi tengok Bandar Kuala Berang nak?". Sakit2 pun larat lagi ke nak drive??..Saya apa lagi..ok je..heheheh..bukan selalu dapat keluar dating berdua...hehe...

memandu punya memandu sampai la ke bandar Kuala Berang, ok jugak bandarnya.. and then, sampai la tah ke mana saya pun tak pasti..kalau suruh saya drive, sah2 la dah sesatnya... rupanya2 suami saya memandu untuk pergi ke Tasik Kenyir...wahhhhh..seronoknya.. sebab saya tak pernah lagi ke sana.. dari bandar kuala terengganu dalam pukul 3 lebih macam tu.. nak dekat pukul 5 baru lah kami sampai ke Tasik Kenyir.. kat jalan nak masuk ke Kenyir tu, tengah ade construction untuk buat jalan baru.. tapi jalan nak ke atas tu agak mencabar jugala, berbukit2 dan berliku2....



Sampai kat sana, pemandangannya sungguh cantik, saujana mata memandang... wah! Kenyir lebih luas dari Tasik Chini... dan sangat cantik.. saya pun berkira2 dengan suami satu hari nanti kami nak bawa anak2 pula datang ke sini..tido di resort dia sini... Impian akan jadi kenyataan kah? Harap2 tertunai la... Di tempat rehat yang saya bersantai bersama suami, di bawahnya terdapat rumah bot yang boleh disewa.. terdapat juga bot2 laju yang sedang bergerak menuju ke pulau seberang sana mengambil dan menghantar para pengunjung... kami duduk di situ tak lama.. dalam pukul 6, kami dah bertolak untuk balik semula ke rumah.. bimbang keluar lama2, takut anak menangis kat rumah....SERONOKNYA... Tasik Kenyir... nanti kami datang lagi

semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, baru la ternampak bake 4u trading..hehehe takpelah, next time la pulak g...Sampai di rumah, dalam pukul 730mlm... siapkan anak2 yang dah bising tanya, mama ngan abah pergi mana? "dah, gi mandi, kita pergi pasar malam lak".. untuk memujuk hati anak2 la ni, n pujuk kembar yang tolong jaga mereka... cik watermelon nurul n pineapple nurul, thanks yer.. mak ba n mak adik, thanks juga..mak ekin pun... nanti ade rezeki, kita g sana ramai2...

Dalam perancangan, ade juga plan nak bawa the whole big 2 family g sana.. InsyaAllah, kalau ade rezeki.... oklah.. till next post..take care

No comments: