Thursday, March 24, 2011

ikan sebagai terapi?

Ikan sebagai terapi dalam kehidupna kita? eh boleh ke? macam mana? dulu kat rumah saya ade bela ikan, tapi sebagai binatang peliharaan la, bukan diternak untuk dijual,... sebenarnya bukan saya yang nak sgt bela, tapi suami saya yg beria-ia sangat nak bela, masa tu selalu la dia beli ikan kelisa la, flower horn la (masa tu tgh glamaer ngan flower horn), dan yang terakhir adalah ikan kaloi...

Banyak kali gak beli ikan kelisa tapi asyik mati je, dah la mahal, duit pun habis gak.. saya tanya dia ape bestnya bela ikan ni? Dia kata sebagai terapi.. dia suka tgk ikan tu bergerak ke sana sini, then bila dia letak tangan di cermin akuarium, ikan pun akan turut pergi ke cermin tu.. dia rasa seronok katanya.. ye la masa tu anak2 kecik lagi, tak byk la tragedi kematian ikan berlaku

Bila anak meningkat dewasa, pelbagai benda diletakkan ke dalam akuarium ikan suami saya, termasuk la tayar lori kereta mainannya.. itu la yg menyebabkan tragedi ikan kalui yg seberat sekilo tu mati jua akhirnya, selepas tu dah serik nak bela ikan... tapi tetiba masa nak update blog n tambah gadget, ade gatget yg bernama fish, saya pun tanpa berlengah tambahkan ke sidebar saya ni.. jadi terapi lak utk saya, sekarang bila saya buka blog saya, saya akan click kat fish tu dan bg makan.. kawan2 yang singgah ke blog saya pun boleh la bagi makan juga yer.. bukan ape, saya ni kadang2 tu kalau weekend, tak sempat nak buka internet pun, sibuk ngan kije lain di rumah...
Niat di hati saya ni nak tambah lagi info tentang terapi ikan ni, tapi rasanya tak sempatla untuk hari ini. may be next time la pulak yer... tapi jangan lupa la singgah sokmo2...

Panjang umur jumpa lagi yer...

No comments: