Friday, January 25, 2013

NATURACTOR JAPAN - COVER FACE (FOUNDATION)

COVER FACE (FOUNDATION) KOD 4560NCF Naturactor cover face (foundation) 100% Origanal JEPUN 20g RM 60, postage RM 6 /RM9 SS ... Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun - bedak yang berasaskan tumbuhan organik. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Bunga sakura merupakan bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita. Antaranya adalah : Membantu kulit menjadi lebih lembut Membantu menghidratkan kulit Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat) KELEBIHAN NATURACTOR - Anti kilauan/tidak berminyak -100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam - Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation - Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi - Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit - Tahan sehingga 12 jam - Tidak menutup pori-pori - Digunakan oleh makeup artis professional & mak andam -Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu! -Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,photoshoot dll NATURACTOR Cover Face Code #130: Untuk kulit sangat cerah (Chinese skin color) #140: Untuk kulit cerah ke medium tone (Chinese skin color to very fair Malay skin color) #141: Untuk kulit cerah/natural (Fair skin color for Malay) #151: Untuk kulit sawo matang (Typical Malay skin color) #171: Foundation untuk cover cela di mukaSee More

PRODUK NATURACTOR JAPAN - SUMMER CAKE

SUMMER CAKE KOD 4560NSC :: HIMPUNAN WARNA :: # 630 : Very fair skin (chinese skin) # 642 : Very fair skin (malay skin) # 643 : Fair skin (malay skin) # 650 : Medium skin (typical malay skin) ... :: INFO PRODUK :: Naturactor Summer Cake adalah foundation berbentuk bedak. Buat yang tak sukakan foundation yg melekit? Tidak suka foundation berbentuk cecair? Lebih gemar menggunakan foundation berbentuk bedak/powder? NATURACTOR Summer Cake (Foundation) adalah IDEAL utk anda.. Foundation yg berbentuk powder ini berupa seperti compact powder, sgt portable, tidak melekit dan sesuai bg mereka yg selalu berpeluh :) Terdapat dalam 5 range color..Oleh kerana summer cake ni foundation powder, so cara nak apply sangat mudah. Hanya basahkan span dan terus apply kat muka kita.. Bila dah guna summer cake ni, dah tak perlu guna cover face lagi yer.. kang tebal plak makeup kita tu..Kenapa tak boleh apply sekali dengan cover face? Sebabnya, kedua-dua (Cover Face dan Summer Cake) mempunya fungsi yang sama. :: CARA PENGGUNAAN :: Span kering (tanpa air) : Selepas menggunakan cover face, dap-dap span di wajah dengan sekata sehingga bedak menyerap kulit.. Span lembap : Jika gunakan cara ini, anda tidak perlu menggunakan cover face lagi. Hanya dap-dap2 summer cake dengan sekata di wajah. Kesan apabila menggunakan summer cake seperti anda memakai cover face. # Span tidak disediakan (boleh beli span biasa & meiko) # Amat sesuai utk kulit berminyakSee More— with Marry Dian. Unlike · ·Unfollow PostFollow Post You like this..Normaisarah Binti Abdul Manaf ok dah dpt.. January 11 at 2:53pm · Like.. Write a comment....

PRODUK NATURACTOR JAPAN - Silky Lucent Powder

#31 - untuk kulit cerah (Chinese skin) #41 - untuk kulit melayu cerah (Fair Malay skin) #51 - untuk kulit sawo matang/medium (Typical Malay skin)

PRODUK USANA - POLY C

POLY C Comparative Guide To Nutritional Supplements Menyenaraikan produk USANA No.1 dikalangan 500 produk nutrition di US dan Kanada POLY C : sebatian mineral askobat yang mampu membekalkan tahap Vitamin C lebih tinggi dalam darah. Antioksidan yang penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Setiap tablet mengandungi 600mg. more info http://shop.usana.com/media/Shop/PIB/ANZ/en_ANZ_PolyC.pdf

PRODUK USANA - BIOMEGA

BIOMEGA BOTOL BARU...khasiat ttp sama Omega-3 telah lama diketahui sebagai pencegah kanser, untuk menurunkan berat badan dan bahkan mampu merawat kemurungan. keradangan ( inflamation) adalah punca semua penyakit kronik. Jika punca keradangan dapat dicegah, maka risiko terkena penyakit kronik akan dikurangkan secara drastik. Omega 3 pada minyak ikan telah lama diketahui mengandungi bahan anti keradangan. untuk lebih info boleh tengok link ni yer.. http://brillianthealth.net/betterproducts/why-biomega/ http://usanaonline-rosimah.blogspot.com/2008/11/welcome-to-usana-products_06.html

Saturday, January 19, 2013

END OF SEMESTER 2 2012/2013

Salam semua....
dah lama tak update blog... kemalasan, kesibukan, dan segalanya... sekarang dah sampai ke penghujung semester. semua sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan pemarkahan pelajar... tak terkecuali saya juga... this semester.. marking Principles of Finance ngan Finance Theory.. penin penin... tapi walau macam mana pun kena habiskan juga.. good luck untuk diri sendiri dan rakan seperjuangan

Friday, August 31, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Berita Harian Online | Preve bukti keunggulan PROTON

Berita Harian Online | Preve bukti keunggulan PROTON

Preve bukti keunggulan PROTON


Oleh Hassan Omar dan Ahmad Farizal Hajat

bhnews@bharian.com.my

2012/04/17





PROTON Preve ditawarkan pada harga RM59,990 hingga RM72,990 seunit.Sedan baru tepati kualiti dan piawaian keselamatan antarabangsa PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu juga akan menjadi perintis kepada perubahan dalam penghasilan setiap model baru PROTON di masa depan. Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif. - Mohd Khamil “PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global.



“Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam.
Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Pengerusi Eksekutif PROTON, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.
Syed Zainal berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport.

“Selain pasaran domestik, Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat,” katanya.

Syed Zainal berkata, Preve dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.
Sementara itu, Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada PROTON kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.
“Semuanya harus berada pada tahap global standard. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan PROTON dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata untuk memastikan PROTON dan semua syarikat automotif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automotif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automotif tempatan bagi jangka panjang.
Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automotif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usaha sama strategik dengan rakan dagang utama negara.
“Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna.
“Pembentangan cadangan akhir ini, akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.
Preve, yang kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton Holdings di seluruh negara, ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard eksekutif transmisi manual, standard eksekutif transmisi automatik dan spesifikasi premium transmisi automatik.
Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.
Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium.
Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu.
Menurut Mohd Khamil berkata, Preve, model bercirikan teknologi paling canggih pertama yang ditawarkan kepada pasaran secara besar-besaran itu, akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produknya yang menepati semua cita rasa pasaran.



“Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif,” tegasnya.



Preve turut mendapat sentuhan anak syarikat milik penuh PROTON, iaitu Lotus Engineering, khususnya dari segi kawalan pemanduan dan pengendalian, yang mampu bertindak balas dengan baik di selekoh pada kelajuan tinggi.



SPESIFIKASI: Proton Preve

•Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
•138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
•Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
•Stering kuasa hidrolik
•Brek ABS dengan EBD
•Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
•Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
•Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
•Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown
•Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km
•Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)

Monday, April 2, 2012

Berita Harian Online | Google Malaysia perkenal tiga penambahan baru kepada Google Maps

Berita Harian Online | Google Malaysia perkenal tiga penambahan baru kepada Google Maps

2012/03/29






Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. - Foto BH OnlineKUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa.



Penambahan itu adalah dua lapisan baru, Trafik dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia.

Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia, berkata dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna. "Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar.



"Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka," katanya di sini, hari ini.



Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.



Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan pengangkutan awam.

Sajith berkata, data bagi Trafik dan Transit diperolehi daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia data swasta.

Sementara itu, Google Maps kini tersedia dalam Bahasa Malaysia (BM).



Versi Bahasa Malaysia Google Maps yang lama ditunggu-tunggu itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengemudi dan berantara muka dengan Google Maps, menggunakan bahasa yang mereka paling selesa.



"Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menempatkan produk dan perkhidmatan," kata Sajith. - BERNAMA

Berita Harian Online | Cium telinga punca hilang pendengaran

Berita Harian Online | Cium telinga punca hilang pendengaran

Monday, March 26, 2012

Berita Harian Online | Fenomena Ekuinoks

Berita Harian Online | Fenomena Ekuinoks

Fenomena Ekuinoks


Oleh Rohaniza Idris



2012/03/25



Bayang lesap: Kejadian matahari atas kepala tanpa bayang landa Malaysia esok, cetus situasi pelik namun bukan dianggap fenomena astronomi



AWAL bulan lalu, fenomena dunia tanpa bayang dilaporkan berlaku di Bogor dan Jakarta, Indonesia. Dalam kejadian itu, tepat jam 12 tengah hari bagi tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri di bawah sinar matahari kerana ia berada tepat atas kepala.



Fenomena itu mendapat liputan kebanyakan akhbar di republik berkenaan dan beberapa negara Asia termasuk Malaysia. Banyak persoalan ditimbulkan hasil liputan berkenaan dan ramai yang ingin mengetahui mengenai fenomena yang jarang didengari itu.

RONA minggu ini mendapatkan penjelasan daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mengenai fenomena dunia tanpa bayang bagi merungkai kejadian itu dari pandangan astronomi. Ketua Unit Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena tanpa bayang sebenarnya berlaku setiap hari sepanjang tahun dan ia bukannya satu kejadian yang luar biasa atau pelik.



Mohd Zamri berkata, kejadian itu tidak dianggap sebagai fenomena astronomi, namun ia fenomena yang disukai dan sangat dekat dengan orang ramai.



“Fenomena hari tanpa bayang dianggap menarik apabila ia berlaku ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa seperti yang berlaku di Bogor Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini. Selain itu, fenomena ini juga turut dianggap istimewa ketika matahari melintasi garisan Sartan di Hemisfera Utara dan garisan Jadi di Hemisfera Selatan bumi,” katanya.



Menjelas lanjut, Mohd Zamri berkata, kejadian itu adalah fenomena yang biasa berlaku iaitu sebanyak dua kali setiap tahun pada suatu garis lintang tertentu di antara garisan Sartan dan garisan Jadi. Ini kerana pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan lintang berkenaan.

“Malaysia akan turut mengalami fenomena hari tanpa bayang tepat waktu tengahari di beberapa tempat mengikut kedudukan garisan-garisan lintang tertentu yang melintasi negara bermula esok hingga Khamis ini. Ia akan berulang berlaku semula pada 28 September hingga 2 Oktober depan,” katanya.



Mohd Zamri menjelaskan fenomena itu juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula.



"Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas." katanya.



Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan.



Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.



Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi dan ahli sains Isaac Newton berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca.



Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan.



Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena tanpa bayang hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara atau pun mungkin arah selatan.



Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari.



Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun iaitu pada setiap 21 Mac dan 23 September.



Fenomena sama yang berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah.

Monday, March 12, 2012

Berita Harian Online | Pekan pusat automotif dunia

Berita Harian Online | Pekan pusat automotif dunia

Pekan pusat automotif dunia


Oleh Abdul Razak Raaff, Irwan Shafrizan Ismail dan Mahanum Abdul Aziz

bhnews@bharian.com.my

2012/03/12





NAJIB melihat dari dekat kereta Volkswagen Passat selepas melancarkan Volkswagen Passat Pemasangan Tempatan sambil Mohd Kamil Jamil (kiri) pada pelancaran di DRB Hicom Pekan, semalam.Kerajaan ambil pelbagai tindakan termasuk tarik nilai pelaburan besar



PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang mengambil pelbagai tindakan termasuk menarik nilai pelaburan besar untuk merealisasikan Pekan sebagai pusat automotif utama antarabangsa. Perdana Menteri berkata, ia dijangka mewujudkan 10,580 peluang pekerjaan dan akan menyumbang RM12 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang 2015. Beliau berkata, usaha transformasi itu membolehkan Pekan digelar hab automotif yang terkenal terutama bagi kerja pemasangan kereta, pembuatan dan komponen serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).



Malah, katanya, suntikan pelaburan RM1 bilion menerusi usaha sama DRB-HICOM Berhad dan Volkswagen bagi tempoh empat tahun adalah antara tindakan diambil kerajaan bagi tujuan itu.



“Projek usaha sama dimeterai Disember 2010 sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kita seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang pendapatan kepada warga tempatan.



“Jumlah pekerja DRB-HICOM yang ketika ini 2,300 akan bertambah 3,300 dan Pekan juga sedang dibangunkan menjadi sebahagian kelompok bandar pertumbuhan pembangunan merangkumi Kuantan, Gebeng dan Gambang sama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

”Kita boleh lihat transformasi ini secara berperingkat menerusi kemudahan prasarana rangkaian jalan raya lebih baik, perkhidmatan jalur lebar untuk teknologi maklumat, institusi pengajian tinggi, penjagaan kesihatan dan kemudahan lain yang semuanya untuk keselesaan rakyat,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran kereta Volkswagen Passat pemasangan tempatan di Kompleks Automotif DRB-HICOM, di sini, semalam.



Setakat ini, 300 unit Volkswagen Passat 1.8TDI pemasangan tempatan sudah dihasilkan di Kompleks Automotif DRB-HICOM, yang mengikut standard kualiti yang ketat.



Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi DRB-HICOM, Syed Mohamad Syed Murtaza, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, Ketua Perkilangan Luar Negara Kumpulan Volkswagen AG, Dr Christof Spathelf dan Ketua Operasi Komersial China/ASEAN Volkswagen, Wei Ming Soh.



Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, untuk industri automotif mengekalkan daya saing, mereka perlu melakukan penstrukturan semula bagi menghasilkan produk secara besar-besaran.



Sementara itu, ketika melancarkan program Vitamin 1Malaysia peringkat kebangsaan, penyampaian sumbangan program Yayasan Pembangunan 1Malaysia Berhad (Yayasan 1MDB) serta penyampaian ang pau Tahun Baru Cina, di Dataran Pekan, beliau berkata pelbagai sumbangan dan bantuan berterusan diberi kepada rakyat adalah hasil kemampuan kerajaan mengurus tadbir serta menjana keuntungan negara secara berhemat dan bijak.



Sebanyak 7,321 sekolah seluruh negara dengan 516,472 pelajar terbabit dalam program Vitamin 1Malaysia, bagi membantu meningkatkan tumbesaran dan taraf pemakanan, seterusnya kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.

Berita Harian Online | Lolipop pendafluor dilarang

Berita Harian Online | Lolipop pendafluor dilarang

Lolipop pendafluor dilarang






2012/03/12





PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser



KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam. Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor. “Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.



Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.



Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.



Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.

Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).



“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.



Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.



Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA

Wednesday, March 7, 2012

document.title

document.title

Berita Harian Online | 19 paling aman di dunia

Berita Harian Online | 19 paling aman di dunia

19 paling aman di dunia
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohdiskandar@bharian.com.my
2012/03/07


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Bilik Kawalan CCTV Majlis Perbandaran Kulai di majlis Program Bandar Selamat Negeri Johor dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA di Kulaijaya, semalam.Penurunan indeks jenayah negara 11 peratus mampu tingkat keyakinan pelabur

KULAIJAYA: Penurunan indeks jenayah sebanyak 11 peratus yang direkodkan tahun lalu membolehkan Malaysia diiktiraf oleh Indeks Keamanan Global 2011 sebagai antara negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara serta berada pada tempat ke-19 daripada 153 negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu adalah hasil tindakan proaktif polis dan agensi berkaitan menangani jenayah hingga berhasil mencatatkan penurunan melebihi sasaran lima peratus. “Pencapaian ini diiktiraf secara global apabila Indeks Keamanan Global 2011 meletakkan Malaysia di tangga 19 daripada 153 negara di dunia berbanding tempat 26 pada 2009. Hasilnya menyebabkan masyarakat antarabangsa semakin yakin melabur yang menyaksikan pelaburan asing meningkat sebanyak RM33 bilion tahun lalu, mengatasi RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia pada 2007,” katanya semalam.

Beliau berucap pada Perasmian Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), di sini. Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Muhyiddin juga berkata, tugas mengurangkan kadar jenayah tidak hanya terletak pada kerajaan, sebaliknya rakyat memainkan peranan penting memelihara keselamatan awam dan individu supaya selamat daripada jenayah.

“Pembabitan masyarakat setempat adalah kritikal dalam memberi petunjuk dan penambahbaikan usaha menangani jenayah. Perkongsian pintar antara polis dan anggota awam melalui platform seperti RELA dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) adalah batu loncatan penting menjayakan usaha memerangi jenayah. Namun, dalam keghairahan mengurangkan kadar jenayah, Malaysia hendaklah menjadi negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif,” katanya.
Beliau berkata, pengalaman bandar raya New York mengurangkan kes jenayah setiap 100,000 penduduk daripada 6,363 pada 1990 kepada 3,099 kes pada 2000 menunjukkan penambahbaikan drastik itu tidak mustahil dilakukan di Malaysia.

“Saya mahu petugas SRS dan ahli persatuan penduduk untuk turut sama terbabit dalam usaha memerangi jenayah demi menjaga kesejahteraan negara,” katanya.

Mengulas Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012, Timbalan Perdana Menteri berkata, 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menerima peruntukkan berjumlah RM26.1 juta untuk melaksanakan langkah impak tinggi menerusi Program Bandar Selamat.

Ia membabitkan pengasingan laluan pejalan kaki daripada laluan bermotor, pemasangan cermin keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV), pencahayaan, penggera keselamatan dan pemetaan sistem maklumat geografi (GIS) jenayah.

Beliau berkata, pengurangan jenayah di Johor jauh lebih baik berbanding kadar pengurangan purata negara yang masing-masing sebanyak 7.7 dan 10.2 peratus bagi jenayah jalanan dan jenayah berat.

“Namun, kerajaan belum berpuas hati dan akan terus mempergiatkan langkah Program Bandar Selamat. Oleh itu, 108 CCTV, 965 lampu jalan serta 1,500 tempat letak motosikal berkunci sedang giat dirancang di sekitar bandar seluruh Johor tahun ini.

“Rekod prestasi negara maju menunjukkan pusat bandar akan membentuk nadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, persekitaran bandar selamat dan tenteram mampu menarik penduduk berkemahiran tinggi untuk merebut peluang pelaburan dan pekerjaan,” katanya

myMetro | Pupuk kemesraan ibu, bayi

myMetro | Pupuk kemesraan ibu, bayi

Pupuk kemesraan ibu, bayi
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my
APABILA ingin keluar rumah pasti pelbagai keperluan akan ‘diusung’ bersama terutama jika membawa bayi, sama ada menyediakan bekalan susu, lampin, baju dan paling penting ialah kereta sorong bagi memberi lebih keselesaan terutama jika berada lama di luar rumah.

Namun, adakah ia praktikal untuk dibawa terutama jika berada di tempat tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah ataupun kawasan karnival?




SELESA...Syazrina bersama anaknya, Adryn Johanna Khairold Safri, satu setengah bulan yang lena dalam gendongan menggunakan gelung silang.

BEG SILANG BAYI...bahaya jika digunakan untuk membawa bayi keluar beriadah.

SUKAR BERNAFAS...posisi bayi yang diletakkan dalam beg silang boleh menyebabkannya sukar bernafas.

PRAKTIKAL...Nordziah Bakri menggunakan gendong lelilit pada kedua-dua bahu untuk menggendong anaknya.
Sudahlah terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan pengunjung, ibu atau bapa terpaksa pula menolak kereta sorong yang membawa bayi mereka. Bukankah ia memberikan satu perasaan tidak selesa?

Malah, penulis sendiri cukup tidak gemar membawa kereta sorong sekiranya berada di luar bersama anak kerana ia mengganggu kelancaran ‘aktiviti’ yang ingin dilakukan.



Sungguhpun terpaksa bersusah-payah, penulis sanggup mendukung ataupun menggunakan pembawa bayi walaupun untuk jangka masa lama kerana ia lebih praktikal daripada terpaksa berebut dengan orang ramai.


Menurut Pegawai Perhubungan Awam Malaysian Babywearers, Adriana Thani, kebanyakan ibu bapa yang menggunakan pembawa bayi biasanya bukan saja menyebabkan ketidakselesaan pada badan tetapi juga si anak itu sendiri.

Katanya, posisi badan mereka yang menggunakan pembawa bayi biasa juga berada dalam keadaan tidak baik iaitu badan akan membongkok ke hadapan bagi menampung berat bayi yang dibawa.

“Keadaan ini akan memberikan tekanan pada bahagian pinggang dan belakang ibu atau bapa dan jika menggunakannya untuk jangka masa lama, ia juga boleh memburukkan lagi keadaan.

“Begitu juga dengan bayi, pembawa bayi biasa tidak direka untuk memberikan sokongan terutama di bahagian pinggang dan pinggul bayi dan ini boleh memberi kesan apabila mereka belajar berjalan nanti,” katanya ditemui pada Expo Motherhood di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Di samping itu, penggunaan beg silang yang didakwa mampu memberikan lebih keselesaan kepada bayi serta memudahkan aktiviti harian juga turut mengundang bahaya yang lebih buruk kepada bayi.

Reka bentuk beg silang ini lebih kepada bentuk segitiga dengan bahagian bawah yang rata serta tinggi di bahagian tepinya.

Adriana berkata, bentuk sebegini akan menyebabkan muka bayi berada terlalu rapat dengan bahagian tepi beg berkenaan. Jika bergerak sedikitpun, bayi terbabit makin merapati bahagian tepi beg dan ini boleh menyebabkan bayi mengalami kekurangan oksigen dan lemas.

“Bentuknya yang terlalu labuh serta bahagian dalaman beg juga terlalu dalam hingga menyebabkan kedudukan bayi terperosok ke bawah.

“Ibu atau bapa pasti susah untuk melihat wajah bayi yang dibawa di dalam beg silang sebegini hinggakan sukar untuk memastikan mereka boleh bernafas dengan baik ataupun tidak disebabkan strukturnya yang lebih kepada bentuk beg biasa,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, apabila bayi diletakkan di dalamnya, posisi badannya akan berada dalam keadaan merengkok hinggakan dagu boleh menyentuh dadanya.

“Posisi sebegini amat berbahaya bagi bayi kerana boleh menyebabkan pernafasan bayi terganggu akibat terlalu menekan lehernya hinggakan bayi terpaksa berusaha bernafas dengan lebih kuat.

“Malah, jika ibu atau bapa memberi susu kepada bayi dalam keadaan ini juga boleh menyebabkannya tersedak tanpa disedari ibu bapa kerana keadaan kain tepi beg yang berlebihan menutupi mukanya,” katanya.

Disebabkan itulah, katanya, cara paling mudah untuk membawa bayi adalah dengan menggendongnya menggunakan kain yang diikat secara manual sama seperti yang biasa menjadi amalan golongan ibu di kawasan pedalaman.

Melalui kaedah menggendong bayi seperti ini ia dapat menguatkan kemesraan antara si pemakai dan bayi kerana bayi berada kedap dan rapat pada badan si ibu, malah ia juga membolehkan si ibu melakukan kerja rumah dengan lebih mudah tanpa perlu berasa risau anak menangis ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun kini, terdapat pelbagai kelengkapan mengendong yang ada dalam pasaran antaranya dompet gantung, gelung silang, mei tai, pembawa bertali lembut dan kain lelilit yang direka semula mengikut kesesuaian fesyen terkini.

Selain itu, Adriana berkata, penggunaan peralatan menggendong mempunyai banyak kelebihan antaranya dari sudut fisiologi iaitu bayi yang digendong ketika keluar rumah mampu tidur dengan lebih mudah serta kurang meragam.

Paling penting ialah mengetahui kaedah yang digunakan betul iaitu memastikan bayi berada dalam kedudukan terbaiknya iaitu punggungnya perlu terletak lebih rendah daripada lutut.

“Boleh dikatakan bayi berada dalam kedudukan ‘M’ dengan kakinya berada dalam keadaan terkangkang luas memeluk badan ibunya.

“Malah, kedudukan bayi yang digendong juga perlu berada tinggi iaitu pada aras dada dan dagu ibunya serta kain yang digunakan untuk melilit perlu ketat bagi memberikan sokongan kepada tulang belakang dan pinggul apabila dikendong,” katanya.

Ini diakui sendiri ibu kepada tiga anak, Faridah Halina Zairi, 34, apabila menggunakan kaedah menggendong jenis lelilit untuk anaknya, Khadeeja Azmin, lima bulan.

“Mungkin pada pandangan orang ramai cara sebegini agak menyusahkan kerana kain digunakan perlu dililit pada badan tetapi yang nyata bayi menyukainya kerana lebih selesa dan berada dekat dengan ibu.

“Posisi badan bayi juga berada dalam keadaan tidak terlalu melengkung seperti penggunaan pembawa bayi biasa kerana kain yang digunakan memberikan sokongan penuh di bahagian pinggul bayi,” katanya.

Faridah Halina berkata, tidak dinafikan isu utama yang menjadi persoalan adalah keselamatan bayi dan melalui kaedah ini, si ibu tidak perlu risau bayi akan terjatuh kerana ikatan kain yang digunakan kukuh mengikut saiz bayi.

Sementara itu, Syazrina Ismail, 31, pula berkata, dia menggunakan kaedah sebegini bertujuan memastikan anaknya berada dalam keadaan lebih tenang serta kurang menangis.

Katanya, kaedah menggendong begini amat mudah dan hanya menggunakan silangan kain pada satu bahu saja bergantung pada berat bayi.

“Penting untuk memastikan kedudukan anak berada dalam posisi betul bagi memastikan keselesaan serta kita tidak mengalami sebarang masalah ketika membawanya iaitu anak perlu berada dalam keadaan duduk sepenuhnya.

“Ini akan memastikan bayi anda selesa ketika membawanya terutama jika berada di kawasan sesak dan mereka akan tidur lena tanpa mengganggu sebarang aktiviti dilakukan,” katanya.

Pengasas perniagaan barangan kelengkapan bayi secara dalam talian JumpSacBaby.com ini berkata, anak pertamanya sebelum ini mengalami masalah kolik iaitu kerap menangis apabila dia tiada di sisi.

“Disebabkan itu, saya mencari sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan mula menggunakannya ketika anak berusia tiga bulan dan boleh dikatakan ia agak lewat tetapi berjaya mengurangkan masalah itu sepenuhnya.

“Kini untuk anak kedua, saya menggunakannya sejak awal dan nyata dia tidak banyak ragam dan saya mampu melakukan banyak tugasan di rumah,” katanya