Thursday, April 28, 2011

Pelajar zaman Sekarang..


Salam sejahtera kepada semua pembaca,semoga berada di dalam keadaan yang tenang dan beroleh kesihatan sentiasa...

Hari ni saya nak menulis mengenai pengalaman yang saya lalui mengenai perangai para pelajar zaman sekarang.. yang mana saya rasa dah kurang rasa hormat kepada para pendidik mereka.. situasi ini kebanyakkannya berlaku kepada para pelajar yang berada di tingkatan yang lebih tinggi.. yang berada di sekolah rendah pun tak kurang hebatnya.. takut pula rasanya bila tengok perangai mereka ni.. saya merasa takut kerana saya pun ade anak juga, yang masih bersekolah di darjah satu..macam mana agaknya perangai dia semasa di sekolah? Alamak... haruskah saya pergi jenguk dia di sekolah?

semalam semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, terserempaklah dengan sekumpulan pelajar yang mana kebanyakkannya tak memakai uniform sekolah kerana memakai baju hari kokurikulum sekolah.. tapi salah seorang dr rakan mereka memakai baju uniform sekolah.. tak tau lak knp yer... saya amat kenal dengan 2 org pelajar yg berada dalam kelompok tersebut, anak jiran berhampiran rumah sewa saya..

Mereka berjalan dlam kumpulan lebih kurang sepuluh orang rasanya, yang sorang yg memakai uniform sekolah ni, kelihatannya sedang seronok menghembuskan asap rokok tanpa memperdulikan apa pandangan masyarakat sekeliling terhadapnya.. kalau tak silap saya dia baru sahaja tingkatan satu.. Ya Allah, dengan selambanya, tanpa rasa bersalah, tetapi dengan rasa sangat bangga menghembuskan asap rokok... kawan2 yang lain kelihatannya tidak merokok, tetapi nampaknya mereka sungguh berbangga berada di dlam kelompok itu..

ini bukan kali pertama sebenarnya saya nampak mereka menghisap rokok, sebelum ni pun pernah ternampak juga.. tapi tak termampu saya nak menegurnya kerana yang PERTAMA: saya bukan cikgu sekolah mereka, kang tak pasal2 lak sy kena marah dgn mereka, yang KEDUA: tak mau bergaduh dengan mak ayah mereka, kang dia tuduh saya buat2 cerita tentang ank2 mereka lak...

Tapi dalam hati selalu juga berkata2, anak aku nnt macam ne yer?.. Aduhla. tak sanggup nak menghadapinya.. Mak nya seorang pendidik, tapi anak tak terdidik lak nnt kata dek org..

No comments: