Tuesday, March 6, 2012

Berita Harian Online | Ayat al-Quran pada kad kahwin tak sesuai

Berita Harian Online | Ayat al-Quran pada kad kahwin tak sesuai

Ayat al-Quran pada kad kahwin tak sesuai


2012/03/06
Perbuatan buang merata-rata jejas kesucian: JAKIM

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran. “Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.

“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata, pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

“Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi,” katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata, pihaknya sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah,” katanya. – BERNAMA

Monday, March 5, 2012

Berita Harian Online | PERODUA pertimbang skim pajakan individu

Berita Harian Online | PERODUA pertimbang skim pajakan individu

PERODUA pertimbang skim pajakan individu
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2012/03/05
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mempertimbangkan cadangan skim pajakan kereta keluarannya kepada pengguna individu, jika kemerosotan jualan susulan penilaian lebih ketat oleh bank terhadap bakal pembelinya terus berlarutan.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata skim itu diputuskan sebaik pengeluar kereta nasional terbesar dari segi jualan itu, mendapati ia berdaya maju dan menjadi kaedah terbaik menangani krisis. “Skim pajakan kenderaan sesuatu yang kami akan pertimbangkan jika ia berdaya maju. “PERODUA mengalu-alukan perbincangan dengan syarikat automotif lain jika mereka ada cadangan mengatasi masalah semasa yang menghimpit industri automotif tempatan,” katanya, baru-baru ini mengulas strategi kumpulan jika bank terus memperketatkan syarat pinjaman.

Pengguna kini hanya terbuka kepada satu cara untuk memiliki kenderaan iaitu menerusi sewa beli dengan bank. Namun dengan pajakan, pengguna tidak lagi perlu memohon pembiayaan bank. Mereka hanya membayar ansuran kepada syarikat yang memajakkan kenderaannya.

Ia juga membolehkan pengguna menukar kenderaan baru setiap beberapa tahun tanpa perlu risau kos penjagaan, pembaharuan cukai jalan dan susut nilai.

Kini, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON), anak syarikat DRB-Hicom Bhd satu-satunya syarikat automotif yang memperkenalkan skim pemajakan kenderaan dalam negara.
Di bawah panduan baru Bank Negara 1 Januari lalu, bank perlu mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang ketika menilai kemampuan pemohon membayar pinjaman. Sebelum ini bank hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.

Berikutan itu, jualan kenderaan PERODUA khususnya ViVa terjejas teruk berikutan model itu di bawah kategori mampu milik selain menepati kemahuan golongan pembeli kereta pertama.

Jualan juga menurun dengan drastik terutama di utara Semenanjung dan di pantai timur, termasuk Sabah dan Sarawak.

Aminar berkata, meskipun kumpulan menanggung bebanan teruk, khususnya peningkatan stok yang tidak terjual berikutan pembeli gagal menepati piawaian bank, PERODUA masih berharap dapat mengadakan perbincangan susulan dengan Bank Negara bersama wakil bank bagi menyelaras semula langkah baru itu.

“Syarat tambahan pinjaman berhemah berdasarkan panduan baru Bank Negara mungkin ditafsir secara berlainan oleh bank.

“Begitu juga dokumen bagi menyokong pinjaman yang berbeza antara bank. Ini melambatkan proses kelulusan pinjaman,” katanya sambil mendedahkan paras pembiayaan tidak berbayarnya (NPL) masih rendah iaitu sekitar satu peratus.
Beliau berkata, PERODUA juga pada peringkat perbincangan dalaman bagi melaksana strategi lain jika masalah penurunan penjualan berpanjangan.

Monday, February 27, 2012

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

ARKIB : 19/02/2012
15Ancaman Rotavirus

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

ROTAVIRUS telah dikenal pasti sebagai punca utama masalah cirit birit. Sebanyak 600,000 kematian akibat Rotavirus dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia.

Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat Rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.

Dalam pada itu , sebanyak 3,444 kes direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Perak setakat 16 Februari lalu melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE) berpunca daripada Rotavirus.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Ketua Unit Gastroenterologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Datuk Dr, Ahmad Shukri Md Salleh, Rotavirus adalah virus yang berjangkit melalui makanan, minuman dan hasil kumuh.

"Apabila kanak-kanak mendekati barang-barang yang telah dicemari dengan kotoran yang mengandungi Rotavirus , kanak-kanak tersebut berpotensi untuk dijangkiti.

Keadaan menjadi lebih berbahaya kerana Rotavirus mampu bertahan sehingga beberapa hari di satu tempat sebelum menjangkiti mangsanya.

Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur enam bulan hingga 24 bulan dilihat sebagai golongan yang paling mudah terdedah kepada jangkitan Rotavirus," ujarnya.

Tambah Dr. Ahmad Shukri, ciri-ciri pesakit yang dijangkiti oleh Rotavirus adalah cirit-birit, muntah dan demam.

Dalam konteks ini, orang ramai sering terkeliru antara Rotavirus dengan demam atau cirit biasa.

Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, sindrom jangkitan Rotavirus boleh bertahan lebih lama.

Sindrom ini boleh berkekalan sehingga sembilan hari, malahan sindrom cirit-birit yang dialami boleh berterusan sehingga tiga minggu lamanya.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kanak-kanak mungkin mengalami cirit-birit sehingga 20 kali sehari.

" Rotavirus justeru boleh membawa kepada masalah kekurangan air dalam badan yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak terbabit. Mereka yang dijangkiti akan menjadi lesu, kulit sejuk dan kering, tiada air mata ketika menangis, mulut yang kering, mata menjadi cengkung dan rasa haus yang melampau," katanya.

Pencegahan

Dr. Ahmad Shukri memberitahu, sehingga kini belum ada ubat dan rawatan spesifik untuk mencegah penyakit ini.

"Pada tahun 2006, vaksin untuk Rotavirus telah dihasilkan. Vaksin ini berupaya merangsang badan kanak-kanak untuk meniru tindak balas imunisasi kepada jangkitan Rotavirus . Keadaan ini membolehkan badan kanak-kanak menghasilkan imunisasi terhadap jangkitan Rotavirus yang sebenar pada masa depan.

Proses ini akan meringankan sindrom-sindrom yang akan menimpa kanak-kanak hasil jangkitan Rotavirus berkenaan mengurangkan kadar masuk ke wad di kalangan pesakit Rotavirus sehingga 96 peratus. Tiga dos vaksin berbentuk oral harus diberi kepada kanak-kanak berumur dua, empat dan enam bulan," katanya.

Meskipun vaksin merangsangkan pelalian atau keimunan dari kecil supaya serangan pertama Rotavirus hanya menyebabkan jangkitan ringan atau tanpa gejala, mintalah maklumat lanjut daripada doktor anak anda sekiranya anak anda mengalami simptom yang serius.

"Bagi menangani jangkitan Rotavirus, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan. Rawatan dengan oral rehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan bagi menggantikan kekurangan air dalam badan. Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, rehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan," katanya.

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

ARKIB : 26/02/2012
6Elak gejala tersedak susu

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SEJAK akhir-akhir ini, kematian bayi akibat tersedak susu atau tercekik makanan semakin banyak dilaporkan. Terbaru, bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 16 Februari lalu.

Walaupun kes ini dianggap terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini.

Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.

"Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru," katanya.

Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.

Menurut Dr. Noor Eliza, organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian.

Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea.

"Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu," katanya.

Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.

Oleh itu, apabila bayi diberi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.

Posisi bayi"Faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi tersedak susu adalah posisi bayi ketika menyusu. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang," jelas beliau.

Dr. Noor Eliza menjelaskan, cara kedua yang boleh menyebabkan gejala tersedak susu adalah gastroesofagial reflux.

Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea.

Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi.

"Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang. Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar," tambahnya.

Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan.

"Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini," ujarnya.

Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Noor Eliza menasihatkan berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.

Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.

Tuesday, February 21, 2012

myMetro | Miliki 75,000 pengunjung sebulan

myMetro | Miliki 75,000 pengunjung sebulan

Miliki 75,000 pengunjung sebulan
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
BANGGA...Chee Ching (tengah) pada Majlis Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang, baru-baru ini. MEMILIKI hobi sama tetapi topik berbeza. Wadah yang mempunyai cara penyampaian menarik dan kreatif untuk tatapan pembaca membuatkan nama empat wanita ini disenaraikan dalam calon penerima Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang, baru-baru ini.

Biarpun tidak memenangi sebarang anugerah, tetapi mereka mempunyai peminat tersendiri menerusi laman blog yang ditubuhkan dan menjadi popular dalam kalangan pembaca maya walaupun bukan daripada golongan artis terkenal.


Chee Ching, Joyce Wong Jing Yen, Suanie Tew dan Intan Suhana Juhari, semuanya mempunyai idea kreatif dan pelbagai cerita menarik menerusi pengalaman yang ditimba untuk dikongsi bersama pembaca serta peminat menerusi laman blog masing-masing.

Penulis blog termuda di kalangan mereka, Chee Ching yang berusia 23 tahun mempunyai alasan untuk berkongsi segala pengalaman dengan peminatnya.



Diari maya itu yang ditubuhkan sejak 2005 cuba dihidupkan dengan kehadiran karakter kartun bagi mewakili dirinya untuk berkongsi kisah sepanjang hari yang berlaku dalam hidupnya.


Kerjayanya sebagai pereka dalam industri pengiklanan dan banyak melayari Internet secara tidak langsung mencetuskan idea kepada Chee Ching untuk memiliki diari di alam siber.

Mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap perkara baru akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya membuka laman blog sendiri yang mendapat perhatian daripada pembaca.

“Saya menjadikannya sebagai medium untuk menulis mengenai perasaan yang tersirat dalam hati ketika itu memandangkan ia sebenarnya agak mudah untuk dikawal selia.

“Setakat ini saya mempunyai pengikut atau peminat seramai 300 hingga 400 orang dan sangat bersyukur kerana memiliki pembaca sendiri.

“Bermula dengan hobi yang kini turut dijadikan sebagai portfolio diri, kombinasi yang disatukan antara hobi dan minat berjaya dilakukan pada masa sama,” kata gadis berasal dari Ipoh yang gemar menonton drama serta rancangan animasi.

Tambah Chee Ching lagi, membuka laman blog tidak hanya bersandar pada minat dan hobi saja malah dia menjadikannya sebagai tempat melatih diri untuk memantapkan kemahiran dimiliki.

Selain berkongsi minat dan hasil kerjanya, Chee Ching turut muat naik lagu-lagu Korea serta perkara yang menarik dalam hidupnya seperti melukis yang sering dilakukannya.

Menerusi blog, gadis muda ini turut memulakan projek yang dipanggil 365 Art, idea tercetus berdasarkan misi untuk menjadikan dokumen yang dikumpul seterusnya dilakar menjadi seni kreatif.

Dia bercadang untuk mengabadikan ciptaannya itu dalam bentuk buku atau kalendar apabila projeknya itu siap sepenuhnya kelak.

Chee Ching berkata dia sangat menghargai setiap komen daripada peminatnya kerana menganggap ia mempunyai makna yang positif dalam memantapkan laman blognya - http://cheechingy.com.

Sementara itu, menurut pemilik laman blog www.KinkyBlueFairy.net, Joyce Wong Jing Yen, dia menceburkan diri dalam dunia penulisan di alam maya pada 2004.

Menurutnya lagi, sejak berusia 10 tahun lagi dia sudah memiliki diari dan menganggap menulis di blog sebagai platform baru untuk meneruskan hobinya itu.

Hobi yang mendalam ditambah gemar mengedit gambar dan penulisan pada masa lapang membuatkan Jing Yen meneruskan minat untuk menulis apatah lagi jika membabitkan aktiviti yang dijalankan.

Berusia 28 tahun, Jing Yen menjelaskan konsep laman blog miliknya itu lebih menekankan gaya hidup kerana ia ditulis berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh gadis bandar dan bagaimana mereka menghabiskan duit.

“Ini kerana saya banyak merasai kehidupan sebenar sebagai manusia yang bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti. Kerja, melancong, terbabit dalam produksi filem, menguruskan majlis dan parti - semuanya sudah saya lalui.

“Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat merasai kesemua pengalaman ini membuatkan saya cuba mencari medium terbaik untuk menyimpan kenangan itu dan pada masa sama dapat berkongsi dengan orang lain.

“Saya tidak sangka ramai yang gemar membaca penulisan mengenai pengalaman peribadi saya. Pengunjung laman web saya mencecah sehingga 75,000 setiap bulan dengan 25,000 peminat.

“Semua ini saya lakukan sebagai hobi dan mungkin satu hari nanti akan menjadi pekerjaan sepenuh masa saya. Ini kerana saya pernah menjadikannya sebagai kerja sepenuh masa selama dua tahun sebelum mencari alternatif lain mempelajari kemahiran berbeza disebabkan mudah jemu dengan perkara sama.

“Di samping itu, sesiapa saja boleh memberikan idea atau menceritakan kisah mereka di blog saya yang banyak menulis kenangan ketika melancong, muzik, fesyen, parti dan makan,” katanya yang menulis untuk keseronokan bukan menjana pendapatan.

Tambah Jing Yen, dia pernah dijadikan sumber inspirasi peminatnya apabila menerima emel yang menyatakan kisahnya banyak membantu memperbaiki kehidupan mereka supaya menjadi lebih sempurna, baik dan ceria.

Tidak memikirkan dirinya berbeza dengan orang lain, namun dia menganggap kata-kata pujian yang diberikan sebagai satu penghargaan buat dirinya.

Suanie Tew yang berasal dari Batu Pahat, Johor pula mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsi bersama pembaca hasil tulisannya.

Bekerja sebagai penulis iklan, Tew mula menceburkan diri dalam dunia penulisan di Internet sejak 1999 yang ketika itu memiliki laman web yang dikemas kini sama seperti laman blog dan pada 2000 ia bertukar format seperti sekarang.

Dia belajar cara menghasilkan laman blog kreatif dan mengikut keinginannya daripada rakan yang mahir dalam bidang berkenaan.

Hobi yang diminatinya itu diteruskan sehingga kini. Disebabkan penulisannya yang bersifat tidak formal, Tew berasa tekanannya seolah-olah terbang apabila dapat berkongsi pengalamannya bersama pembaca.

“Memulakan penulisan blog sebagai hobi dan penting untuk saya mengekalkan matlamatnya. Namun, selepas menyertai Nuffnang, ia sedikit sebanyak memberikan sedikit duit poket pada diri.

“Laman blog yang saya buka lebih banyak bersifat individualistik. Melalui www.suanie.net, saya mendapat banyak manfaat seperti menjadi sebahagian ahli kumpulan amal tempatan, Twestival.

“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini laman blog kerana banyak masa dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Namun apabila menerima tindak balas positif daripada pembaca yang gembira membaca kisah saya, timbul pula keinginan untuk menulis dengan lebih serius lagi,” katanya yang turut mempunyai laman web khas untuk penyanyi terkenal, Micheal Jackson kerana meminatinya.

Berbeza pemilik nama panggilan Sue Anna Joe yang tampak manis bertudung ini, pengalamannya dalam dunia fotografi dikongsi bersama pembacanya lantaran terlalu meminati bidang membabitkan lensa kamera.

Pernah membuka studio sendiri di Kelana Jaya namun ia terpaksa ditutup kerana perlu memberikan lebih fokus terhadap pembelajaran dan keluarga ketika itu.

Berusia 29 tahun, wanita manis dengan nama sebenar, Intan Suhana Juhari ini berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dia mula menulis jurnal dalam Bahasa Inggeris menerusi laman komuniti seni digelar DeviantART.

Selepas itu, dia mengorak langkah sendiri dengan menggunakan platform penulisan blog apabila mendapat inspirasi ketika bekerja di KL Motion Picture.

“Ketika itu saya banyak menulis skrip. Tertarik dengan penulisan dan olahan ceritanya, saya cuba untuk mula menulis blog dalam Bahasa Malaysia pula.

“Kemudian, blog saya mula berkembang dan menambahkan laman blog lain yang berkaitan dengan minat dalam dunia fotografi.

“Saya belajar sendiri cara membuat laman blog dan berjaya membukanya pada 2003.
Namun saya hanya mula pada 2006 untuk berkongsi pengalaman ketika mengambil gambar, panduan dan hasilnya.

“Banyak yang boleh diceritakan melalui fotografi. Kadang kala perkara yang sukar diceritakan dengan perkataan boleh disampaikan dengan mudah melalui gambar,” katanya yang mempunyai minat mendalam dalam dunia fotografi.

Tambahnya lagi, laman blog miliknya banyak memaparkan aspek peribadi dan unik kerana kebiasaannya cara penyampaian serta gambar yang dikongsi bermain dengan emosi.

Unik dengan panggilan Sue Anna Joe, penulisan blog yang dilakukan diterjemahkan sebagai hobi sepenuh masa dan digabung bersama minatnya pada fotografi.

Jika pada mulanya, dia membuka laman blog, sueannajoe.blogspot.com hanya sekadar hobi semata-mata tetapi kini menjadi tempat menjana pendapatan.

Selain itu, Sue Anna Joe turut berkongsi cerita mengenai fesyen, kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu, pengalamannya, tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi, lokasi menjamu selera, ulasan filem serta produk di laman blog khasnya yang lain

Monday, February 20, 2012

myMetro | Kembalikan bentuk badan

myMetro | Kembalikan bentuk badan

Kembalikan bentuk badan
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my SELEPAS melahirkan anak, kebanyakan wanita berasa bimbang apabila melihat bentuk tubuh mereka yang semakin me�ngembang dan menunjukkan tanda-tanda berat badan meningkat.

Biasanya, bahagian yang paling ketara berlaku perubahan adalah di lengan, punggung, perut dan payudara. Tidak ha�nya bentuk lebih besar malah kehadiran tanda regangan pada kulit perut ketika hamil, dikenali sebagai striae iaitu parut yang terbentuk akibat lapisan dermis yang terkoyak juga begitu membimbangkan.


Penting bagi ibu yang baru bersalin untuk mengetahui senaman sesuai bagi mengembalikan bentuk badan yang diinginkan seperti sebelum mengandung dan pada masa sama dapat menjaga bayi dengan sempurna.

Jadi, sebaiknya selepas melahirkan anak tidak kira secara normal mahupun pembedahan harus mengambil tindakan segera dengan membuat senaman yang betul agar bentuk badan diinginkan berjaya diperoleh.



Menurut Pakar Runding Laktasi dan Bidan Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Elizabeth Muthu, selepas bersalin wanita seharusnya melakukan senaman bagi mengembalikan bentuk badan dan menghasilkan kualiti susu yang baik untuk bayi.


“Selepas selesai menguruskan segala urusan bayi anda yang biasanya mengambil masa selama seminggu, sehari sekali perlukan sedikit masa untuk melakukan senaman.

“Senaman dilakukan bagi mengurangkan masalah berat dan bentuk badan yang semakin mengembang selepas bersalin. Seeloknya, senaman dibuat bersama-sama dengan anak.

“Ini bagi memastikan perhatian terhadap anak dapat dilakukan setiap masa walaupun ketika sibuk melakukan senaman di samping dapat menyusukan bayi ketika menangis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah Elizabeth, biarpun senaman penting, harus diingat ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan. Ini kerana jika berlebihan ia menghasilkan lebih banyak asid yang tidak diperlukan terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi.

Bukan itu saja, senaman yang dilakukan secara berlebihan menyebabkan badan letih dan tiada tenaga mengakibatkan tumpuan terhadap anak berkurangan.

Tidak hanya menitik beratkan senaman, malah ibu yang baru melahirkan bayi juga harus menjaga diet harian dan mengambil makanan berkhasiat bagi membantu proses mengembalikan bentuk badan seperti diinginkan.

“Senaman yang dilakukan dapat dilihat kesannya jika diikuti dengan mengambil makanan seimbang dan lengkap bagi memberi kesihatan kepada tubuh badan.

“Pemakanan yang seimbang bukan hanya untuk mendapat�kan bentuk badan ideal malah penting bagi menghasilkan susu berkualiti.

“Seeloknya, ambil makanan yang berasaskan protein dan kurang karbohidrat. Ini kerana, jika gemar mengambil makanan yang banyak karbohidrat akan membuatkan anda mudah lapar kerana biasanya ia lebih cepat dibakar.

“Tingkatkan makanan berasaskan protein dan serat bagi menghasilkan kualiti susu yang lebih baik di samping membantu mengurangkan berat badan.

“Harus diingat jangan amalkan pengambilan makanan segera kerana tidak baik untuk badan dan penghasilan susu,” katanya yang menasihati agar mengamalkan diet seimbang kerana senaman hanya untuk menegangkan otot atau bahagian yang kendur.

Tambahnya, ibu yang baru melahirkan anak sebaiknya amalkan mengambil makanan enam kali sehari. Misalnya, di awal pagi dengan roti bersama keju. Kemudian, pada jam 10 pagi, ambil makanan berasaskan kekacang.

“Tengah hari pula amalkan mengambil nasi daripada beras perang berbanding nasi putih kerana ia mempunyai nutrien tinggi dan campurkan dengan sup atau sayur-sayuran.

“Jika mahu menikmati nasi putih, apa kata campurkan ia dengan beras perang bagi menambah nutrien yang diperlukan oleh badan.

“Pada waktu minum petang pula, anda boleh minum teh tanpa gula dan makan malam dengan sup,” jelas Elizabeth yang menasihati wanita agar mengambil makan malam empat jam sebelum waktu tidur.

Tambahnya, senaman yang konsisten dan menjaga diet secara seimbang harus dilakukan dengan mempunyai objektif agar misi yang dilakukan berjaya.

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, ikuti langkah mudah ditunjukkan Elizabeth yang boleh dilakukan di rumah bersama bayi anda, sekali atau dua kali setiap hari dalam tempoh 10 hingga 15 minit

Wednesday, January 25, 2012

Strategi Langsing Selepas Melahirkan - Famili - Pa Ma

Strategi Langsing Selepas Melahirkan - Famili - Pa MaSelepas bersalin semua ibu mahukan bentuk badan yang langsing dalam tempoh yang pantas. Biasanya kebanyakan wanita mengalami kesukaran untuk mencapainya.

Mengembalikan berat badan asal selepas bersalin bukan tugas yang mudah. Tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil. Kesukaran para ibu menghilangkan berat badan yang meningkat semasa hamil bukan masalah luar biasa.

Ibu perlu tahu kaedah berkesan membantu kembali bertenaga, cergas dan menawan sepanjang melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Panduan berikut mungkin memberi makna kepada semua wanita yang baharu bersalin.

Pemulihan Selepas Bersalin
Sembilan bulan sepanjang hamil, badan anda mengalami banyak perubahan dan pastinya emosi anda sendiri umpama rollercoaster sepanjang tempoh itu.

Cabaran dan keseronokan bergelar ibu baharu turut terganggu dengan persoalan yang bermain di minda ‘bagaimana saya boleh dapatkan semula badan sebelum hamil'? Sebenarnya badan kita pulih dalam banyak aspek kehamilan secara semulajadi; rahim mengecut kepada bentuk asal dalam masa enam minggu selepas bersalin dan keanjalan ligamen badan kembali perlahan-lahan kepada bentuk asal (sekitar 3 ke 6 bulan).

Malangnya, tisu-tisu otot tidak berfungsi dengan cara yang sama. Oleh itu pentingnya kita melakukan senaman sebagai rutin harian dalam usaha untuk mengembalikan otot-otot kepada keupayaan fungsi, kekuatan dan kepanjangan normalnya.

Rajin atau malas bukan persoalan kerana ibu perlu lakukan senaman yang rutin untuk mengelakkan otot-otot daripada mengecut dan menjadi lemah.

Selain daripada itu, rawatan pelangsingan di spa turut membantu ibu mendapatkan semula badan yang langsing dan pejal. Pakej rawatan pelangsingan di spa membantu ibu untuk mengawal penghasilan selulit dan memecahkan sel lemak yang banyak semasa mengandung. Bahkan ia turut membantu para ibu mengurangkan kesan rekahan serta kembali ke bentuk badan asal lebih cepat.

Rawatan Pelangsingan Badan
Sebelum memilih rawatan pelangsingan badan di spa, anda perlu tahu apakah jenis rawatan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin. Jangan terpedaya dengan tawaran melangsingkan badan yang mungkin tidak sesuai dan berbahaya kepada anda.

Antara rawatan yang disarankan kepada wanita yang baharu melahirkan anak termasuk :

Skrub badan
Rawatan ini memang boleh dilakukan selepas bersalin dan amat digalakkan. Ia bertujuan untuk membuka pori-pori kulit jadi sel-sel kulit mati boleh ditanggalkan.

Jakuzi
Rawatan yang memberikan getaran kepada tubuh ibu membolehkan sel-sel lemak bergetar dan hancur sedikit demi sedikit. Ia boleh membuang toksik yang ada di dalam badan supaya senang dipecahkan.

Hot Blanket/Sauna
Ia bertujuan untuk proses detoksifikasi kerana ada wanita yang menjadi gemuk semasa hamil kerana terlalu banyak air (water retention). Jadi selepas proses ini air yang berlebihan akan hilang dan seterusnya ukuran inci badan akan berkurangan.

Urutan Pelangsingan
Setiap teknik urutan pelangsingan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan diuraikan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan ibu berasa gatal-gatal di bahagian yang diurut. Ia perkara normal kerana menunjukkan proses pemecahan lemak sedang berlaku.

G5 Rawatan Pelangsingan
Penggunaan mesin pelangsingan tidak berbahaya kepada ibu-ibu baharu melahirkan anak. Ia melibatkan teknik getaran yang bertujuan memecahkan lemak di dalam badan lebih pantas iaitu sepantas apabila melakukan 100 kali senaman sit-up dan 100 kali push-up.

*Tetapi perlu diingat rawatan menggunakan teknik ini hanya boleh dilakukan selepas 3 bulan bagi ibu melahirkan bayi secara normal dan 6 bulan yang melahirkan secara pembedahan caesarean.

Pengambilan Minuman
Bukan sebarang minuman herba boleh diambil oleh ibu kerana bimbang minuman teh herba tertentu boleh memberi kesan kepada susu badan yang diminum bayi. Justeru, minuman yang dibenarkan berasaskan halia dan limau nipis yang membantu membuang angin di dalam badan.

Namun, sebelum memilih mengikut program pelangsingan badan di spa, ada beberapa perkara mesti diambil kira :
Bagi para ibu yang masih menyusukan bayi secara eksklusif, pastikan bahawa produk pelangsingan yang digunakan adalah bebas daripada bahan kimia, pewarna tiruan dan bahan awet yang berbahaya dan memudaratkan.

Ibu yang bersalin secara normal, boleh memulakan program-program pelangsingan seawal 3 bulan selepas bersalin.

Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean, hanya boleh memulakan program-program pelangsingan selepas 6 bulan kelahiran. Bagi para ibu yang masih menyusukan bayi, elakkan daripada mengambil ubat-ubatan pelangsingan yang berkaitan dengan proses detoksifikasi kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengalami cirit-birit sehingga boleh menyebabkan dehidrasi.

Senaman Juga Penting
Senaman turut membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan menarik namun mengambil jangka masa yang lama untuk melihat kesannya.

Beri masa kepada diri sendiri untuk mencapai berat badan ideal dalam tempoh enam hingga 12 bulan mengikut program senaman yang konsisten.

Senaman membantu proses penyembuhan dan pemulihan yang pantas selepas melahirkan bayi, peningkatan metabolisme dan pantas kembali ke bentuk badan sebelum hamil dan tahap kecergasan.

Ia turut mengurangkan tahap tekanan dan kemungkinan besar pembentukan tekanan selepas bersalin. Ibu juga lebih bertenaga untuk menjalankan peranan sebagai ibu.

Justeru, untuk berjaya mencapai bentuk dan berat badan sasaran, ibu perlu konsisten melakukan senaman tetapi ingat jangan paksa diri. Paling penting anda seronok melakukannya.

Antara senaman sesuai untuk selepas bersalin adalah :-
♦ Berenang dan Aqua aerobics
♦ Brisk walking
♦ Berbasikal
♦ Aerobik berkadar rendah

Tuesday, January 24, 2012

Berita Harian Online | Titik tengah Semenanjung

Berita Harian Online | Titik tengah SemenanjungPERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.

Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung. Bagaimanapun, penentuan titik tengah pada era itu dikatakan tidak begitu tepat. Ini kerana ia sekadar menjadi titik rujukan pemerintah Inggeris dan bukannya titik sebenar. Pada masa sama, Kampung Kertau di Maran pula dikatakan sebagai titik tengah sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan ahli akademik yang gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan sebenar titik istimewa ini.

Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.

Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.

Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan.
Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

“Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis,” katanya kepada sisipan Rona baru-baru ini.

Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik.

Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.

"Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya.

Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi.

Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.

Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur.

Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan.

Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong.

Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar.

"Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya.

Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu.

"Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri.

"Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka.

"Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya.

Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu.

"Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik.

"Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya.

Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap.


Penduduk tempatan nanti limpahan

PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka.

Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin.

"Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu.

"Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya.

Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.

Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri.

"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan.

"Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana.

"Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.

Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

Tuesday, January 17, 2012

New members of the family

NEW MEMBER

Lama tak update blog ni kerana sibuk dengan kelas dan complete all jobs before maternity leave. so, ini hasilnya... MUHAMMAD ZULFIQAR BIN ZUL EKZAN




On 13th December 2011 @ 1126am, new member of the family..

Friday, October 7, 2011

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Bebaskan si kecil daripada seksa ekzema

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar JEFFRI IRAN



Dari kiri Pensyarah Kanan Perunding Dermatologi dari United Kingdom, Prof. Dr Anthony Chu, Dr. Leong Kin Fon dan Pengurus Negara Leo Pharma, Tan Keng Aung pada majlis pelancaran Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di Kuala Lumpur Baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu.

Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.

Bahkan mengikut statistik Persatuan Dermatologi, ekzema atopik merupakan penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak berbanding satu hingga tiga peratus berlaku kepada golongan dewasa.

Perkara ini diakui oleh Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon ketika ditemui sempena Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di kalangan kanak-kanak anjuran Leo Pharma baru-baru .

Katanya, di Malaysia, penambahan kes ekzema di lihat amat membimbangkan dari masa ke semasa iaitu sebanyak 12.6 peratus.

"Keadaan ini amat membimbangkan jika dibandingkan di negara-negara lain termasuk di Indonesia hanya 3.7 peratus," katanya.

Menurut Dr. Kin Fon, keadaan itu lebih membimbangkan apabila kes melibatkan kanak-kanak yang berusia enam hingga tujuh tahun meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Penghidap ekzema atopik sebenarnya mempunyai paras asid gama linolenik (GLA) dalam tubuh yang lebih rendah .

Keadaan itu menyebabkan kulit menjadi gatal dan ruam di bahagian-bahagian tertentu seperti sendi, leher dan sebagainya, menyebabkan kulit menjadi kering serta kehitaman.

Kebiasaannya, kulit pesakit ekzema atopik bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal .

Tegas beliau, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya sangat sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang serius.

"Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan penjagaan yang eksklusif selain tidak boleh terdedah dengan keadaan yang berhabuk,'' ujarnya lagi.

Menurut Dr. Fon, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosi dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Malah, ia juga membataskan aktiviti harian kerana pendedahan kepada cuaca panas dan terik serta perpeluhan boleh mendatangkan kerengsaan dan kegatalan kulit.

Tambahnya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak ekzema di galakkan untuk mengguna pelempap.

"Ia bukan dapat melembutkan kulit tetapi juga membantu mengunci lembapan,'' ujarnya lagi.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rekahan, kekeringan pada kulit dan meredakan kegatalan.

Dalam pada itu, pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaiknya mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang kering.

Monday, September 19, 2011

myMetro | Penyakit lazim di negara maju

myMetro | Penyakit lazim di negara maju

BAPA borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal...,” kata Perunding Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon sambil tersenyum. Kaum bapa jangan marah ya, kata-kata ini bukannya bertujuan menyindir sesiapa tetapi ia digunakan bagi menerangkan masalah kegatalan kronik akibat ekzema iaitu sejenis penyakit kulit.

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khusus�nya kanak-kanak menderita.




GATAL...keadaan ekzema yang teruk

GATAL...keadaan ekzema yang teruk

GATAL...keadaan ekzema yang teruk
Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.

Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema.



Tindakan ini juga menyebab�kan masalah kulit pesakit bertambah teruk. Adakalanya kerana terlalu gatal dan asyik menggaru, pesakit tidak sedar kulit yang digaru itu luka dan mengundang masalah lain pula kerana ia terdedah kepada jangkitan bakteria.


Menurut Dr Leong, ekzema ialah sejenis penyakit kulit dengan beberapa ciri iaitu:



•Rasa gatal dan sakit - Ia adalah penyakit yang sangat menyeksakan. Rasa gatal ini akan menyebabkan pesakit menggaru dan apabila kulit digaru terlalu kuat ia akan mengalami kerosakan. Ketika inilah badan akan menghasilkan bahan kimia keradangan yang membuatkan kulit menjadi lebih gatal dan keinginan untuk menggaru akan lebih tinggi.

Ia tidak sekadar menyebabkan rasa sakit pada pesakit tetapi turut menjejaskan kualiti hidup ibu bapa. Apabila anak tidak boleh tidur (kerana gatal dan asyik menggaru), ibu bapa juga tidak dapat melelapkan mata.


•Kulit sangat kering - Pesakit ekzema mempunyai kulit yang sangat kering kerana ketiadaan lapisan penghalang untuk memerangkap cecair dalam kulit. Tidak kira berapa banyak air yang diminum, ia masih tidak dapat mengatasi masalah ini.


•Bahagian kulit yang mengalami ekzema terasa panas. Tahap kepanasan ini bergantung kepada keadaan ekzema setiap pesakit sama ada sedikit, sederhana atau teruk.


•Ekzema bermula dalam lima tahun pertama kehidupan seseorang kanak-kanak. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan ekzema mereka akan bertambah baik dengan peningkatan umur. Bagi pesakit bertuah, ekzema mereka akan hilang sendiri pada usia enam hingga 12 bulan. Bagaimanapun, 30 peratus kes ekzema berlanjutan sehingga dewasa.

“Kira-kira 50 peratus kes ekzema berlaku sebelum kanak-kanak berumur setahun dan lebih 80 peratus kes apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun.

“Tempoh pengulangan serangan ekzema berbeza antara pesakit - ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun. Biasanya penerimaan pesakit terhadap serangan berulang ini lebih baik apabila umur mereka meningkat. Kajian mendapati 50 hingga 70 peratus pesakit dewasa tidak terganggu dengan serangan ekzema yang sudah dialami sejak kecil,” katanya pada majlis pelancaran kempen Bersama Membanteras Kegatalan anjuran Leo Pharma.


•Faktor genetik - Ekzema ada kaitan dengan faktor genetik dan jika salah seorang ibu atau bapa ada masalah ini, anak-anak mempunyai 20 hingga 40 peratus mengalami ekzema. Ini bersesuaian dengan ungkapan ‘bapa borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal’ di atas.

Jika salah seorang anak ada alahan, peluang anak seterus�nya mendapat ekzema ialah 30 peratus. Peluang anak mendapat ekzema akan lebih tinggi (40 hingga 60 peratus) jika kedua-dua ibu bapa ada alahan dan sekira�nya mereka mengalami gejala alahan yang sama peluang ini melonjak kepada 72 peratus! (Rujuk Jadual 1)


Punca dan gejala

Ibu bapa terutama yang tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan sering bertanya bagaimana anak mereka boleh mendapat ekzema. Pakar perubatan percaya ia disebab�kan interaksi kompleks antara faktor genetik dengan persekitaran. Ia boleh disebabkan faktor genetik saja atau dirangsang persekitaran atau tindak balas dua faktor ini.

Sesetengah orang yang ada mewarisi genetik ekzema boleh mengalami tindak balas dengan sesuatu dari persekitaran yang tidak mendatangkan masalah pada orang lain. Ia juga dikait�kan dengan masalah kecacatan pada fungsi sekatan atau halangan pada kulit dan sistem imun yang tidak normal.

“Apabila serangan ekzema berlaku, kulit pesakit akan berasa sangat gatal, menjadi merah, timbul ruam dan kadangkala lesi. Gejala ini biasanya bermula di muka dan merebak ke dada. Apabila kanak-kanak membesar, lebih banyak kawasan yang akan mengalami ekzema terutama di kulit yang berkedut seperti di siku dan lutut.

“Oleh kerana kulit pesakit mengalami kecacatan pada fungsi sekatan, maka ia akan menjadi kering. Kulit yang kering akan mudah berasa gatal. Apabila pesakit menggaru, ia akan mengganggu fungsi sekatan dan jika kulit luka, boleh berlaku jangkitan bakteria khususnya Staphylococcus aureus. Keadaan ekzema akan lebih teruk pada kulit yang lebih kering.

“Menggaru bukan saja mendedahkan pesakit kepada jangkitan tetapi ia juga akan membuatkan kulit menjadi tebal dan menjadi lebih tidak sihat,” kata Pensyarah Kanan Onkologi Dermatologi Universiti Buckingham, United Kingdom, Prof Anthony Chu.

Bakteria S aureus ini bukanlah asing pada kita. Namun 70 peratus pesakit ekzema ada bakteria ini dalam hidung mereka berbanding 30 peratus pada bukan pesakit. Hampir 100 peratus kulit yang mengalami ekzema ada bakteria ini dan ia boleh membiak (membentuk koloni) dengan cepat kerana ia akan melekat pada kulit yang kering.

Jika kulit pesakit luka, bakteria ini akan memasuki badan dan menghasilkan bahan kimia eksotoksin yang bertindak sebagai antigen super (bahan yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi). Antigen super inilah yang akan merangsang tindak balas sistem imun untuk menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk (bengkak, merah dan sangat gatal).

Menurut Dr Leong, teori kebersihan yang dikemukakan pakar penyelidik juga ada munasabahnya kerana kajian mendapati kes ekzema di kalangan kanak-kanak bandar yang tinggal dalam persekitaran ‘terlalu’ bersih lebih tinggi berbanding kanak-kanak luar bandar.

Berdasarkan teori ini, dalam keadaan bersih, sistem imun badan menjadi tidak matang dan ‘malas’. Ia tidak dapat membezakan antara penceroboh yang baik dengan jahat. Akibatnya, sistem imun ini akan bertindak balas terhadap semua penceroboh badan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu sensitif atau mengalami alahan.

Teori ini diperkuatkan dengan keputusan banyak kajian yang mendapati kadar kelaziman ekzema meningkat dua hingga tiga kali ganda di negara industri dan maju dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini membabitkan 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dan dua hingga 10 peratus orang dewasa.

Jadi tidak hairanlah jika kes ekzema di kalangan kanak-kanak di negara maju seperti United Kingdom jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu antara 20 hingga 30 peratus.


Rawatan dan pengurusan

Sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan ekzema yang juga dipanggil penyakit sistem imun kerana ia membabitkan banyak faktor. Bagaimanapun, ia boleh dirawat dan sasaran rawatan bukanlah untuk menyembuh tetapi mengurang�kan gejala memanjangkan tempoh bebas daripada serangan berulang yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Antara rawatan yang ada ialah steroid sapuan (dalam bentuk krim, gel atau balsam dalam pelbagai kekuatan) untuk menghentikan keradangan dan membantu menyembuhkan kulit.

Doktor juga mungkin akan mencadangkan penggunaan krim kombinasi steroid dan antibiotik khususnya apabila steroid sapuan tidak berkesan. Krim kombinasi ini lebih berkesan untuk merawat ekzema kerana ia boleh disapu pada kulit yang luka untuk menghentikan rasa gatal dengan segera. Malah ia juga boleh digunakan walaupun tiada kesan jangkitan.

“Steroid adalah ubat yang sangat baik tetapi ia mestilah digunakan mengikut arahan doktor. Malangnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia mahukan ubat yang kuat supaya penyakit anak mereka sembuh. Mereka mahu anak mereka diberikan antibiotik untuk membunuh semua bakteria yang boleh merangsang ekzema tetapi kaedah ini tidak praktikal kerana kita sentiasa terdedah kepada bakteria.

“Cara yang lebih baik ialah mengawal dan menguruskan penyakit anak. Antaranya dengan mengetahui faktor yang boleh merangsang serangan seperti rasa gatal, tindakan menggaru, cuaca panas dan lembap, bakteria, alergen (bahan yang boleh menyebabkan alahan), penggunaan sabun atau bahan pencuci yang kuat (bagi individu dengan kulit sensitif), alahan makanan dan habuk rumah,” kata Dr Leong.

Kaedah rawatan konvensional masih berguna dan boleh diamalkan. Ini termasuk:


•Mandi setiap hari (sekerap yang dikehendaki jika tinggal di negara panas lembap). Jika pergi ke negara lain pada musim sejuk, hanya dibenarkan mandi sekejap sekali sehari. Serangan ekzema boleh menjadi lebih teruk pada musim sejuk kerana cuacanya yang kering dan penggunaan alat pemanas hawa yang menyebabkan kulit semakin kering.


•Menggunakan sabun yang lembut.


•Menyapukan losen pelembap selepas mandi (sangat penting).


•Menyapukan ubat steroid atau kombinasi steroid dan antibiotik.


•Memberikan suntikan sedatif antihistamin (hanya untuk kes yang teruk, biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil).

“Orang kita selalu percaya ekzema disebabkan alahan makanan. Ia mungkin ada kaitan tetapi makanan laut bukanlah puncanya. Ia boleh menjadi faktor perangsang kepada serangan ekzema. Justeru, buatlah pemerhatian, sama ada anak anda ada alahan pada makanan laut.

“Namun secara umumnya tidak perlu menyekat diet anak kerana dalam tempoh inilah mereka sangat memerlukan pemakanan seimbang untuk membesar. Berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengehadkan pemakanan anak.

“Pengurusan masalah ekzema anak perlulah bersifat dinamik dan seimbang iaitu berubah mengikut keadaan, umur dan cuaca. Dalam soal ini, biarlah kita mengambil pendekatan yang lembut. Janganlah pilih kaedah untuk ‘menghapuskan’ semua bakteria kerana kesan jangka panjangnya mungkin lebih serius.

“Manusia sebenarnya boleh hidup dengan bakteria pada tahap tertentu. Memang kita mahu hidup dalam persekitaran yang bersih tetapi kita perlu ada had supaya ia tidak mendatang�kan masalah kepada anak,” kata Dr Leong.

Ibu bapa di Scandinavia yang mempunyai anak ekzema akan membawa bayi mereka menunggang kuda untuk mendedahkan anak kepada persekitaran ‘kotor’ dan ia didapati mampu mengurangkan sedikit masalah ekzema.

Akhir sekali, kita perlu membantu anak menghentikan kitaran garu-gatal-keradangan-jangkitan yang menyebabkan ekzema semakin teruk. Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan kuku sentiasa pendek, ubah kaedah daripada menggaru kepada menepuk-nepuk bahagian yang gatal, balut tangan anak dengan tuala lembap dan sejuk untuk mengurangkan rasa gatal, menyapukan ubat steroid mengikut arahan doktor dan sentiasa memberi sokongan kepada si kecil.

sharing

7 Kitchen Tricks You Should Know.

by Kaboodle.com, on Tue Sep 13, 2011 12:47pm PDT365 from

Sometimes the simplest solutions are the best. Ironically, many of the following tricks for fixing common kitchen dilemmas aren’t widely known. But tuck them in your proverbial apron and you’ll have a far easier time resolving the following problems next time you face them:


1. How to Open Stubborn Pistachios
Pistachios are way too expensive to waste. Yet many of the delicious roasted nuts arrived in shells with little to no opening. Rather than attempting to bite them open or ruin your nails in a struggle you can’t win, next time try this foolproof method for opening stubborn shells: Take one half of a shell, stick it into even the littlest opening of an unopened pistachio, and turn the shell half like a key. The pistachio will pop right open!


2. How to Easily Remove Egg Shells Dropped into Eggs




It happens to all of us: You crack open an egg and a tiny piece of its shell falls into the bowl along with the raw egg. If you’ve tried to get it out with your finger or a spoon, you know the slippery dilemma you face. Next time, wet your finger with water before attempting to fish it out. You’ll be shocked at how easily it can be grabbed and eliminated.

3. How to Make Burnt Pots Look New Again
Considering how much a nice set of pots and pans costs, you’d expect them to be easy to clean. But even the best stainless steel cooking gear gets black with use and cooked-on remnants. If you’ve attempted to scrub them clean you have probably succumbed to the notion that they will never glisten again. But, if you spray pots with oven cleaner and leave them for a couple of hours the grime will wipe right off! Likewise stainless kettles.


Gadgets That Make Cooking More Fun


4. How to Refresh Crystallized Honey





You know that jar or bottle of honey that’s hardened and crystallized on your shelf? It can easily be brought back to its easy-to-pour glory if you let it sit for 15 minutes in boiling water that has cooled for five minutes.



5. How to Soften Hardened Brown Sugar
Brown sugar hardens as its moisture evaporates over time in the cupboard. But you can easily re-moisturize it by placing the open sugar bag in a microwave with a cup of water next to it and zapping it on high for three minutes. Or you can place the sugar in a bowl, cover the sugar with a double layer of wet paper towels, and then cover the bowl with foil or plastic wrap and let it stand overnight.



6. How to Remove Stains from Wooden Cutting Boards
Can rings and wine and strawberries stains don’t help the style of your cutting board. To get out stains, try sprinkling the board with salt rubbing it with lemon. For more stubborn stains, try an abrasive antibacterial kitchen cleaner and scouring pad. For the toughest, reach for sandpaper! And of course wash thoroughly afterward!

Beautiful Clocks for Every Room


7. How to Salvage Overripe Fruit





Fruit is expensive, yet it goes bad so quickly and easily. But you don’t need to toss your bruised or overripe bananas, peaches, or strawberries. The minute you see your fruit going bad, wash it, slice it, peel it (in the case of bananas) and freeze it in sealable bags. Then you have instant smoothie or pie makings anytime!