Friday, May 14, 2010

Usah FOBIA makan KACANG

Ramai yang menjauhi kekacang kerana menganggap ia akan menggemukkan. Sesetengah wanita pula beranggapan kacang menjadi punca jerawat. Namun kajian terkini membuktikan kekacang boleh membantu untuk melindungi diri daripada beberapa penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis.

Sekiranya ia diambil sebagai sebahagian diet yang menyihatkan, ia juga tidak menjadi faktor penyumbang kepada masalah kegemukkan. Dalam satu kajian, menikmati kacang lima kali seminggu membantu untuk mengurangkan separuh kali ganda risiko penyakit jantung.

Kandungan khasiat dalam kekacang pula berbeza antara satu sama lain, tetapi secara umum ia mengandungi kandung lemak tepu yang rendah serta tiada kolestrol. Ia juga dilengkapi serat tumbuhan dan protien tumbuhan yang baik sebagai alternatif untuk daging. khasiat kekacang lain termasuk vitamin E dan B6 serta niasin dan asid folik di samoing kandungan magnesuim, zink, zat besi, kalsium, selenium dan kalium.

Pengambilan kekacang juga membantu untuk merendahkan kadar kolestrol tidak baik serta membantu mengekalkan saluran darah menyihatkan. Kebanyakkan kekacang yang dimaksudkan termasuk badan, pecan, gajus, hazel dan pistachio. Badam yg kaya dengan sumber Vitamin E, dianggap sangat berkhasiat untul sistem otak dan saraf seperti dinyatakan dalam bidang perubatan Ayurveda.

Kajian terkini pula menyatakan badam mempunyai kesan antiradang serta membantu meningkatkan ketahanan tubuh. Sesetengah orang mengalami alahan terhadap kekacang justeru pengambilannya harus dielakkan terutama di kalangan kanak-kanak.

Untuk mereka yang tidak mengalami sebarang alahan, kekacang boleh dipelbagaikan penggunaannya dalam masakan. malah bagi mereka yang kurang makan dagng merah, pangambilan kekacang setiap hari memang digalakkan kerana ia pengganti yang baik untuk daging.

(Dipetik Daripada HARIAN METRO, 1 MAc 2010)